Latar Belakang
Perpustakaan Universiti Teknologi MARA telah menggariskan satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti melalui sumbangan derma wang tunai untuk kemudahan perpustakaan dari warga UiTM serta pihak luar. Sumbangan derma wang tunai ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya membuka peluang kepada orang ramai, orang perseorangan, alumni termasuk warga UiTM untuk turut sama menyumbang bagi menghasilkan pengembangan ilmu dalam bidang pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan demi membina masa depan ilmuan terbilang.
Kutipan sumbangan derma wang tunai ini adalah berdasarkan pengecualian cukai pendapatan yang telah digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bawah peruntukan subseksyen 44 (8) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan. Sumbangan derma berbentuk wang tunai ini adalah tidak melebihi RM20,000.00 dan penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah akta tersebut.
Walaubagaimanapun, penyumbang yang ada menjalankan perniagaan dan layak menuntut potongan di bawah perenggan 34 (6) (g), ACP maka penyumbang berkenaan tidak layak mendapat potongan di bawah subseksyen 44 (8), ACP.
Objektif Sumbangan
Objektif utama sumbangan derma wang tunai ini adalah:
- Untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan.
- Untuk membiayai pembelian buku-buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi perpustakaan
- Menjana pendapatan hasil universiti
Faedah Sumbangan
- Pengecualian Cukai : Penyumbang layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah sub seksyen 44 (8) Akta Cukai pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan bagi sumbangan derma wang tunai tidak melebihi RM20,000.00
- Keahlian Luar Perpustakaan UiTM (Selain Warga UiTM) mengikut kategori yang merujuk kepada kelulusan sebagai keahlian luar perpustakaan. Sila rujuk https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services/membership/131-external-membership
Kaedah Sumbangan
# | Kaedah Sumbangan | Tatacara Sumbangan Derma Wang Tunai Untuk Kemudahan Perpustakaan UiTM |
---|---|---|
1 | Bayaran tunai di Kaunter Pejabat Bendahari(UiTM Shah Alam Sahaja) : Kod Projek 425701180001 - Sumbangan Kemudahan Perpustakaan |
|
2 | Sumbangan secara pindahan kredit/bank draf Nama Akaun: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) No. Akaun: 12177010005687 Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad |
|
3 | Sumbangan melalui potongan gaji |
|
4 | Sumbangan melalui aplikasi kod QR Bank Islam Malaysia Berhad Klik kod QR |
|