FriendsTAR Kelab Sahabat Perpustakan Tun Abdul Razak
Kelab Sahabat Perpustakaan
Penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang bakal menjadi penggerak kepada perpustakaan melalui aktiviti yang dianjurkan sekaligus memperkenalkan perpustakaan kepada mahasiswa dengan lebih dekat.
Objektif
Memberi pendedahan asas kepada mahasiswa terhadap konsep dan kaedah penggunaan perpustakaan melalui aktiviti yang dijalankan. | ||
Menyuntik keyakinan dan kepercayaan mahasiswa tentang fungsi dan kewujudan perpustakaan sebagai gedung ilmu. | ||
Menggalakkan mahasiswa untuk berkhidmat kepada perpustakaan serta menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna. | ||
Melahirkan mahasiswa yang berkarisma, berfikiran strategik dan cekap dalam perancangan dan pengurusan sesuatu hal. | ||
Membina satu landasan bagi memperkukuhkan ukhwah antara mahasiswa dengan kakitangan perpustakaan. |
Peranan Ahli
Melaksanakan hebahan dan aktiviti promosi perpustakaan (bercetak dan digital) kepada Warga UiTM khususnya mahasiswa dan mahasiswi. | |
Menggerakkan aktiviti mencintai ilmu dan budaya membaca melalui Program Galakan Membaca | |
Menyertai dan melaksanakan Program Library Outreach di fakulti dan Kolej Kediaman | |
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan perpustakaan dan kelab. | |
Terlibat dengan Aktiviti Khidmat Masyarakat Perpustakaan | |
Terlibat dengan Aktiviti/ Projek Khas Perpustakaan yang memerlukan Skim Khidmat Pelajar. |