السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan.
KEMPEN : SUMBANGAN TABUNG KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan warga universiti dan komuniti luar untuk bersama-sama menyumbang kepada TABUNG SUMBANGAN WANG TUNAI UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN s erendah RM1.00.
3. Tujuan utama SUMBANGAN ini adalah bagi membiayai pembelian buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi kegunaan pengguna perpustakaan.
4. Sumbangan boleh dibuat menerusi 2 kaedah berikut:
- PEMOTONGAN GAJI - bagi staf UiTM.
- GIVING@UiTM - bagi staf UiTM dan komuniti luar.
5. Setiap penyumbang layak untuk mendapat potongan cukai sebagaimana peruntukan di bawah SUBSEKSYEN 44(8) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 HADIAH UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN.
6. Ucapan TERIMA KASIH buat para penyumbang TABUNG KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN.
Terima kasih.
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor
03-5544 3735